Click here for Myspace Layouts

Thursday, 28 July 2011

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya Mengaum!!

Game malam tadi, takdelah mengaum sangat. Rasa bintat gua pada benteng pertahanan sudah tak dapat dibendung lagi. Gua menyumpah depan TV bila bolalevel budak sekolah rendah pun boleh menggegar gawang Malaysia. Datok K. Rajagopal perlu mempertimbangkan muka-muka lain untuk memantapkan pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya.

Kita tunjukkan bahawa Sang Singa Yang BerPura-Pura bisa kalah pada Sang Harimau Menaip Malaya!

Nama-nama yang wajar DIHARAMKAN masuk stadium B.J.:

  • Sarbani Alawi
  • Mahali Jasuli
  • Fadhli Shas
Nama-nama yang perlu menyarung Baju KUNING:

  • "The Cicakman" Farizal
  • "The Bunker" Subramaniam
  • "Kapla" Hafiz Mesbah
  • Karpal Singh
Jangan lupa pada Shafiee "The Bomber" Sali dan Amirulhadi "Playmaker" Zainal...bagi mereka 90 minit.

Gua taknak marah kat sini sebab kalah bukan ertinya mati. Gua kecewa tapi itu bukan alasan untuk gua mengamuk. Jika perpaduan dan semangat Rakyat tanah Melayu mahu dihidupkan, sukan boleh menjadi wadah yang terbaik.




No comments:

Post a Comment